2/4/10

Ahmad Za'im Bin Mohamad

Ahmad Za'im Bin Mohamad

Seindah nama bak perwatakkannya,
Menjadi keindahan dalam hidup ini,
Membuatkan diriku di ambang bahagia,
melayan diri ini bak bidadari.

Intan mana yang tidak berkilau jika tidak di gilap berhari-hari, hati mana yang tidak di lambung bahagia jika tidak berkirim kasih berhari-hari. Sayang..kata yang paling kutakuti sejak pernah merasa apa itu pedih hati di tinggalkan. Tapi siapa diri ini yang lemah dengan pujukkan dan kata-kata manis oleh seseorang yang dirasa begitu sempurna di mata.

Ahmad Za'im Bin Mohamad insan yang sentiasa membuat diri ini bahagia. Tidak pernah jemu mengungkap kata-kata sayang apatah lagi janji sehidup mati. Diri ini ibarat gila bayang sudahnya.
Menanti dirimu menjadi milik untuk melengkapkan hidupku.

Siapa kata jarak bakal memisahkan kita. jarak itu yang mengajarku erti setia. Menjadikan diri ini bahagia. Jika dulu Kelantan dan Johor bagaikan beribu-ribu batu jaraknya, mengambil masa sehingga berpuluh jam masanya, tapi hari ini ia ibarat di sebelahku. Jarak yang memisahkan ini mengajar kita erti sabar dan tabah. Menjadikan kita bergetar setiap waktu ketika menyulam kasih menanti hari-hari yang indah apabila bertemu, dengan menjadikan ikatan ini lebih suci.

Sayang..
Diri ini berjanji akan membuat dirimu bahagia di satiap waktu. Akanku jadikan dirimu insan yang paling istimewa di setiap kenangan hidupku. Pupuklah kasih sayang ini agar ia menjadi salah satu sejarah yang sempurna dalam hidup ini.

Ahmad Za'im Bin Mohamad&Simirahayu binti Sisis



1/8/10

+penat!!+

Letih, Penat, semua ada. Tapi takper ni lah kehidupan yang harus ditempuhi. Bukan setakat hari ini tapi juga hari esok. Kadang-kadang terfikir bilalah semua ini akan berhenti dan diri ini akan berehat selamanya. Tapi kalau diingat dan direnung kembali sebenarnya waktu takkan berhenti walau seketika.

Buat hari ini bukan semua orang merasai keletihan tapi dunia juga mulai lelah untuk berputar. Matahari mulai kurang tenaga untuk memancar, apatah lagi bulan yang kadangkala rasa bosan menyinar. Dunia semakin tua, hidup mula di kemuncak, manusia mulai hilang rentak.

Manusia mula alpa dengan kewujudan moden, mula lupa dengan keindahan budaya, sering tersasar dari norma-norma kehidupan. Penat mengejar kehidupan dunia hanya keluhan kecil dilontarkan jika dibandingkan dengan penat mengejar kehidupan akhirat yang lebih ramai mengeluh panjang dan mula merasakan ia amat menyusahkan.

Hari berlalu, penat makin dirasakan, jika difikirkan kita perlu merasa penat untuk apa jua kepuasan.

12/17/09

+sayang? lepaskan? +

Dalam hidup ini macam-macam ragam yang kita perlu hadapi. Dengan bertemu dengan pelbagai orang dalam hidup.

semalam kawan simi mesej and dia cakap about her propblem. Sulit but this reality. Masalah cinta.

kisahnya begini:

dia berkawan dengan si lelaki dalam masa yang telah lama. Saling menyayangi dan saling merindui. Parahnya, baru-baru nih sesuatu terjadi. si lelaki telah mendapat pekerjaan baru di Jeddah,arab saudi. Kesian. Adakah cinta ini akan makin terpadam dengan halangan jarak. Masalah kedua, si lelaki memberitahu ibu dan ayahnya akan menjodohi dia dengan anak teman lama. Lagi parah! rakan mi tak tau nak watper. Hanya dengan rasa kecewa kena menerima semua ini.

Jika ini terjadi pasti hanya yang mampu kita mendoakan agar kita tetap bersamanya tapi tahu tak. Jika kita menyayangi seseorang lepaskan dia. itu adalah tanda kita menghormati dia. Kita tiada hak untuk mengongkong dia.

for my fwen, za. Banyakkan doa agar kita dapat terima semua ini dengan satu kesabaran dan semoga hikmah disebalik semua ini lebih baik. Insyaallah.

Hati ini Dan Hati itu