11/26/09

+doaku+

      Pagi ini, setelah kubuka mata ini, mengharapkan keajaiban akan berlaku. Semalam dia pergi meninggalkanku. Ya Allah..apa dosaku padamu sehingga kau memberiku satu dugaan yang amat berat. Kenapa ini semua akan berlaku padaku sedangkan aku mengharapkan aku akan bahagia dengan dia. Adakah ini adalah balasanku padamu yang seringkali mengkhianati janjiku padamu waktu kau menciptakanku.

     Ya allah.. dadaku ini amat sebak dan berat tatkala dia meninggalkanku. Betapa rindu hati ini padanya. Adakah dia akan kembali. Ya Allah pulangkanlah dia buatku.

    Benar kata orang ' janganlah kau cintai seseorang sepenuhnya kerana satu hari nanti dia boleh menjadi seseorang yang amat kau benci, dan janganlah kau membenci seseorang dengan sepenuhnya kerana satu hari nanti dia boleh menjadi seseorang yang amat kau cintai '

    Ya Allah..jika ini dugaan mu dan punya hikmah aku terima. Tapi berilah kebaikkan dalam waktu terdekat. Aku tahu kau sentiasa bersamaku jika kesabaranku berpanjangan. Ya allah aku bersyukur dengan kehidupan ini namun aku perlukan dia untuk kehidupanku nanti. aku menginginkannya saat ini.

    Ya Allah dengarlah rintihanku saat ini. aku mahukan dia untuk kehdupanku. Hatiku ini takkan berhenti bertasbih dan berdoa agar aku dan dia disatukan dengan keredhaanmu Ya Allah. aku merindui dia.

No comments:

Hati ini Dan Hati itu