Semalam waktu matahari terbenam sedang diri ini menunggu laungan yang akan memberi ketenangan ketika diri menghadap diriMu yang esa, kenangan lama terus menerjah satu persatu..
JANJI
Ketika dihembuskan nyawa buatku, Begitu tunduk dengan rasa kagum berjanji akan taat setia, Tidak sesekali aku akan menduakan diri Mu yang begitu agung, Tidak akan sesekali aku berpaling dari mengharap belas serta ehsan Mu, Malah aku akan menurut setiap aturMu untukku, Aku akan menerima semua takdirMu kerana akulah hambaMu yang telah Kau amanahkan untuk terus bersujud di setiap nafas yang telah Kau beri.
aku ingkar malah seringkali aku lupa janji itu,,
'awak kenapa tak angkat telefon? awak lupa janji kita?'
'Awak dulu kan awak janji sayang saya sorang jerk'
'ahhh,,lelaki suka lupa janji'
'hurm,,per nak buat,,perempuan nih kan selalu sangat langgar janji'
Bila janji orang pada kita diingkari;
marah,,benci,,hati kita remuk,,malah kita akan rasa begitu terhina,,
Kita seringkali tidak sedar mengapa ini berlaku,,
inilah kesan yang perlu seorang manusia merangkap hamba yang esa untuk menanggung kesakitan dengan janji yang telah dia lafazkan bukan semalam,kelamarin,minggu lepas,bulan lepas atau tahun lepas tapi sejak ia bernyawa dan mula mengungkapkan Allahuakbar!
Kita mengingkari janji sendiri dan Allah membalasnya tapi kita tidak bersyukur malah tidak menyedari bahawa ini adalah balasan atas perbuatan sendiri,,yang sering kita lakukan mengeluh dengan berat lantas mengungkapkan;
'Ya Allah,,mengapa Kau berikan aku ujian seberat ini sedangkan aku tidak mampu untuk menanggungnya,,'
Hayati satu ungkapan yang sering mak bgtau
'per yang jadi pasti ada hikmahnya'
'inilah balasan yang tuhan nk bg biler kita sering lupa janji kita padaNya'
bangun Simirahayu dan muhasabah dirimu, agar kau tidak akan terus lalai dengan janji-janjimu pada yang maha esa,,
Ya Rabbi,,
aku bersujud hanya untukmu mengharapkan titisan-titisan sayangmu, agar aku tidak terus lalai didalam RahmatMu, Agar aku tidak lagi lupa pada janjiKu, Ya rabbi,,
P/s ; teringat ketika berada di ting 2, seorang ustazah bgtau nasia bermaksud lupa, sebab tuh manusia itu pelupa,,lebih2 lagi makan nasi,,lagi cepat lupa,,ntah betul ntah tidak,,
wallahualam,,(maner perginya ustzh fadzillah kan)
No comments:
Post a Comment