1/8/10

+penat!!+

Letih, Penat, semua ada. Tapi takper ni lah kehidupan yang harus ditempuhi. Bukan setakat hari ini tapi juga hari esok. Kadang-kadang terfikir bilalah semua ini akan berhenti dan diri ini akan berehat selamanya. Tapi kalau diingat dan direnung kembali sebenarnya waktu takkan berhenti walau seketika.

Buat hari ini bukan semua orang merasai keletihan tapi dunia juga mulai lelah untuk berputar. Matahari mulai kurang tenaga untuk memancar, apatah lagi bulan yang kadangkala rasa bosan menyinar. Dunia semakin tua, hidup mula di kemuncak, manusia mulai hilang rentak.

Manusia mula alpa dengan kewujudan moden, mula lupa dengan keindahan budaya, sering tersasar dari norma-norma kehidupan. Penat mengejar kehidupan dunia hanya keluhan kecil dilontarkan jika dibandingkan dengan penat mengejar kehidupan akhirat yang lebih ramai mengeluh panjang dan mula merasakan ia amat menyusahkan.

Hari berlalu, penat makin dirasakan, jika difikirkan kita perlu merasa penat untuk apa jua kepuasan.

No comments:

Hati ini Dan Hati itu